Pelbagai Kemelut Dalam Pakatan Bukti BN Jauh Lebih Ke Depan – Pemuda Johor

KUALA LUMPUR 23 Jun – Pemuda UMNO Johor melihat pelbagai kontroversi dan apa yang berlaku didalam pakatan pembangkang hari ini membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) jauh lebih baik daripada mereka, ujar Ketuanya, Hahasrin Hashim.

Serentak itu beliau menjangkakan pelbagai kemelut lain yang berlaku di dalam pakatan pembangkang akan terus menjadi barah dan BN khususnya di Johor akan terus berkhidmat dan menunaikan tanggungajwab yang diamanahkan oleh rakyat.

photo_2015-06-25_09-08-48“Insya Allah…pimpinan UMNO dan BN negeri Johor akan terus berkhidmat kepada rakyat dengan sebaik mungkin dan dibawah kepimpinan Datuk Seri Khaled Nordin sebagai peneraju, rakyat akan terus diutamakan.

“Mereka (pembangkang) boleh datang berceramah dan sebagainya…mereka boleh datang membawa pelbagai tohmah namun saya yakin dengan berkat usaha dan sebagainya, usaha mereka tidak mampu membawa apa-apa,” katanya

Beliau seterusnya melihat dakwaan kecenderungan pimpinan Pas yang kalah pada pemilihan yang lalu untuk membawa haluan baru bakal menambahkan lagi segala kontroversi yang berlaku di dalam pakatan pembangkang.

“Keghairahan bekas pimpinan Pas yang kalah dalam pemilihan parti itu sebelum ini termasuk dakwaan berkemungkinan membawa haluan lain menujukkan mereka cuba membawa satu perkara yang baru dalam usaha menentang Barisan Nasional (BN).

“Dengarnya mereka telah turun berceramah di Johor dua tiga hari lalu dan kemungkingkinan mereka membawa haluan lain dan sebagainya itu adalah urusan mereka. Kita tak nak campur sekali pun.

“Cumanya apa yang ingin kita kongsikan ialah jika benar sepertimana didakwa sudah tentu rakyat boleh melihat bagaimana keikhlasan mereka dalam perjuangan. Keihlasan mereka dalam berkata-kata dan sebagainya,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara.