Dap Rasis Apabila Kritik “Bazar Karat”

KULAI, 23 Jun – Teguran Dap Johor hanya tertumpu kepada Bazar Karat baru-baru ini kononnya tidak selamat dan kotor jelas menunjukkan sifat rasis dan ketidaksamarataan kaum yang didokong oleh parti tersebut. Mengapa hanya tertumpu di Bazar Karat?”  soal Mohamad Nor Nari, Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Kulai.

Tambahnya, ianya juga jelas menunjukkan yang Dap Johor tidak mengambil tahu mengenai pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan disekitar kawasan tersebut. Inilah sikap pemimpin Dap yang hanya muncul untuk mengkritik kerajaan BN dan langsung tidak berada di kawasan maupun berkhidmat untuk rakyat.

UMNOJOHOR-43-s“Bazar Karat bukan sahaja jadi tumpuan penduduk tempatan malah turut jadi pilihan pelancong dari Singapura yang datang untuk membeli belah kerana harganya yang berpatutan dan adakalanya jauh lebih murah.”

“Dap patut sedia maklum yang kawasan tersebut dalam fasa dinaiktaraf bagi memastikan keselesaan semua pada masa akan datang, dalam masa pembinaan pasti ada sedikit masalah keselesaan.”

“Belum lagi berkuasa Dap sudah mula menunjukkan sikap sebenar mereka iaitu akan menyerang apa saja institusi atau segala yang berkaitan dengan Melayu. Saya berharap masyarakat Melayu khususnya pengundi dapat berfikir dengan waras dan menilai sikap mereka yang rasis,” tegas beliau yang juga salah seorang Exco Majlis Belia Malaysia.

Terdahulu, Adun Pengkalan Rinting, Cheo Yee How berkata, kawasan pelancongan warisan dalam bandar raya Johor Bahru terutama di Jalan Tan Hiok Nee, Jalan Dobi, Jalan Seget serta sekitar Bazar Karat masih dibelenggu dengan masalah sampah, malah mengancam keselamatan pengunjung dan berdepan kerumitan tempat parkir kenderaan.