Pemuda UMNO Tebrau Anjur Ziarah Ramadhan

TEBRAU, 18 Jun – Sambutan hari pertama Ramadhan semalam memberikan sinar dan harapan baru kepada 300 penerima bantuan barangan keperluan sempena program Ziarah Ramadhan 2015 anjuran Pemuda UMNO Bahagian Tebrau.

Program dianjurkan setiap tahun ini adalah bagi membantu golongan mereka yang kurang upaya, warga tua, ibu tunggal dan anak yatim yang menetap di sekitar kawasan Tebrau.

1939625_485112254984465_1514554531387719928_oKetua Pemuda UMNO Bahagian Tebrau, Syahrin Md Jamaluddin berkata, sepanjang sebulan menyambut Ramadhan, seramai 545 penerima telah dikenal pasti yang akan dibantu dan mendapat bantuan berupa barangan keperluan harian itu.

“Program ini dapat memberi harapan kepada golongan kurang upaya dan tidak berkemampuan untuk sama memeriahkan Ramadhan, sama seperti manusia lain.

Selain itu, apa yang lebih utama adalah peserta konvoi dapat beramah mesra dan menjalin ukhuwah bersama masyarakat setempat yang menjadi matlamat utama penganjuran program ini,” katanya.