Caj Permit Kenderaan Asing (VEP) Kekal RM20.00 Bermula Ogos Tahun Ini

NUSAJAYA –  “Caj bagi permit kenderaan asing (VEP) bagi semua kenderaan termasuk komersil kecuali motorsikal kekal RM20.00 sama ada yang melalui Tambak Johor atau Link Kedua bermula Ogos ini.” Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad

“Setakat ini, keputusan untuk mengenakan caj VEP bagi semua kenderaan asing yang memasuki Malaysia  melalui  adalah kekal sebanyak RM20 di mana 20 peratus hasil diperolehi akan diberikan kepada Kerajaan negeri. Hasil tersebut bakal digunakan untuk pembangunan infrstruktur yang akan memberi manfaat antaranya menambah ruang parker bertingkat di Johor Bahru.

image“Kenderaan asing yang memasuki ke Malaysia melalui pintu masuk di selatan tanah air perlu membayar caj berkenaan melalui Touch N Go. Dalam masa yang sama, data bagi setiap kenderaan turut dibangunkan.Ianya uboleh membantu pihak berkuasa mengesan lokasi kenderaan asing yang mempunyai saman ekor dan pelbagai kesalahan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah, Program Keselamatan Jalan raya Sekolah Angkat Pintar UEM Sunrise, di sini, semalam.

“VEP akan ditingkatkan dari masa ke semasa dengan mengambil kira pendapat orang ramai termasuk dari segi caj terutamanya bagi kenderaan komersil berikutan kemungkinan berlaku kenaikan kadar tambang pengangkutan awam.”

Dalam perkembangan lain, Hasni memaklumkan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Pengusa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura dijangka mengemukakan  hasil kajian penuh secara bersama berhubung projek Rapid Transit Sistem (RTS) pada akhir tahun ini.

“Secara dasarnya, kedua-dua negara telah bersetuju berhubung pembinaan jambatan tinggi bersebelahan Tambak Johor untuk laluan tren.

“Keputusan itu adalah mengambilkira kos pembinaan jambatan tinggi adalah jauh lebih rendah berbanding penggunaan terowong bawah laut,” katanya.