Jangan Terpedaya Sandiwara Perbalahan Dap – Pas

LABIS, 17 Jun – “Saya berharap rakyat tidak terpedaya dengan spekulasi yang mengatakan Pas akan meninggalkan pakatan. Kami pendokong parti tidak pernah mengambil peduli dengan perbalahan antara Dap dan Pas,” ujar Haslinda Salleh, Ketua Penerangan Wanita UMNO negeri Johor

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Johor yang bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti untuk menumbangkan BN setelah Dewan Ulama Pas mengambil ketetapan untuk tidak bersama dalam Pakatan Rakyat lagi.

UMNOJOHOR-38-s“Dap jangan angkuh dan terpaksa akur yang mereka juga memerlukan sokongan pengundi Melayu yang terdiri daripada pengundi Pas.”

“Kita juga tidak berharap Pas akan bersama-sama UMNO. BN masih mendapat sokongan orang melayu dan berharap pengundi-pengundi  MCA & MIC tidak termakan dengan dakyah DAP untuk mengagalkan konsep “kongsi kuasa” dalam BN.”

“Jangan sesekali percaya dengan persepsi yang meraka mainkan kerana ini bukan pertama kali mereka berbalah. Sebagai pendokong parti kami tetap fokus dalam gerakkerja mendekati rakyat sebagaimana yang telah diamanahkan oleh raykat pada PRU 13 yang lalu.”

“Kami tetap bersama-sama dan menyokong Perdana Menteri , Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Dakwaan tersebut sangat tidak berasas,”  Tegas beliau ketika ditanya mengenai dakwaan Pengerusi Dap Johor yang mengatakan Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak sudah hilang sokongan.