RM16 juta Untuk Program Pembiayaan “Johor Corporation Education Sponsorship Programme”

JOHOR BAHRU, 9 Jun – Program Johor Corporation Education Sponsorship Programme (JESP) melibatkan anggaran kos RM16 juta disasarkan kepada seramai 100 bakal graduan dalam bidang ekonomi, kejuruteraan, undang-undang dan perakaunan berdasarkan keperluan dan sinergi bisnes Kumpulan JCorp.

Daripada 34 peserta yg berjaya baru baru ini , 28 calon terpilih ke peringkat Asasi, Matrikulasi, A-Level dan Ijazah Sarjana Muda, manakala enam mendapat tajaan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

photo_2015-06-10_11-10-47“Apa yang Johor Corporation lakukan hari ini, adalah contoh sangat terpuji yang menjurus kepada penggilapan bakat yang kita miliki. Johor Corporation tampil dengan berani, gigih dan bersungguh-sungguh dalam ikhtiar membangunkan minda anak bangsa.

Pelaburan Johor Corporation ini sangat besar bukan sahaja dari nilai kewangan tetapi juga dari kepentingan jangka masa panjang Johor dan Malaysia,” kata Menteri Besar Johor , Datuk Seri Mohamad Khaled Bin Nordin.

“Saya menyimpan harapan, akan banyak lagi pihak dari sektor korporat dan industri yang tampil dan bersama-sama membangunkan sektor pendidikan kita. Bukan kerana ini adalah permintaan dan gesaan saya. inilah penzahiran semangat dan ruh sebenar Muafakat Untuk Johor yang kita pegang dan dukung.” ujar beliau lagi.