Penantian 4 Tahun Pembeli Taman Bayu Tebrau Terjawab

JOHOR BAHRU, 8 Jun – Pembeli rumah Taman Bayu Tebrau boleh menarik nafas lega apabila kerja-kerja pemulihan dijangka siap pada 2017 dengan melibatkan kos berjumlah RM65 juta.

Pemulihan dilakukan turut melibatkan kemudahan dan perkhidmatan awam, landskap penuh, pencahayaan, laluan masuk baharu serta infrastruktur lain bagi kemudahan pemilik di Taman Bayu Tebrau.

DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDINMenteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kerajaan negeri tidak boleh menutup mata dan mengabaikan pembeli yang telah menanti sejak tahun 2004 untuk mendiami rumah yang mereka beli.

Setelah mengadakan perbincangan antara kerajaan negeri dan Iskandar Waterfront City Berhad (IWCB), IWCB bersetuju untuk menjadi penyelamat projek ini. Pembeli hanya perlu membayar bayaran tambahan sebanyak 20% daripada harga asal. Katanya ketika siding media di Majlis Pelancaran Projek Pemulihan Perumahan Terbengkalai Taman Bayu Tebrau, di sini, semalam.

Mohamed Khaled berkata lagi , pemilik kediaman termasuk 36 keluarga yang masih menetap di taman perumahan itu diminta memberi kerjasama sepenuhnya kepada IWCB buat sementara waktu, untuk membolehkan kerja pemulihan dilaksanakan

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd Latif Bandi; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong; Pengerusi IWCB, Datuk Ayub Mion dan Naib Pengerusi IWCB, Tan Sri Lim Kang Hoo.