Mahu Tamatkan Kerjasama Dengan Dap Tapi Kekal Dalam Pakatan Pembangkang, Hanya Propaganda Politik Pas

LEDANG,8 Jun – Hanya satu propaganda politik mengaburi mata rakyat. Begitulah pendapat Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Ir Hamim Samuri mengulas mengenai Pas yang berhasrat memutuskan hubungan dengan Dap tetapi tetap mahu kekal dalam pakatan pembangkang.

Jelasnya, tindakan Pas ini sekaligus membuktikan bahawa Dap juga merupakan sebuah parti yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat sokongan dan juga kuasa.

image-2“Tindakan mereka ini hanyalah cakap-cakap politik. Bukannya sesuatu yang benar-benar mereka inginkan. Jika betul Pas ingin menamatkan kerjasama dengan Dap sudah pasti mereka akan keluar juga dari pakatan pembangkang dan kembali berdiri atas kaki sendiri.

“Bagi saya, sampai bila-bilapun Pas tidak akan berani untuk keluar dari pakatan pembangkang melainkan Dap sendiri membuang Pas dari dalam pakatan pembangkang. Jika tidak, buatlah apa sahaja, Pas akan tetap tunduk walau cakap berdegar-degar marahkan Dap,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Tambah beliau, walaupun Pas seakan menunjukkan kemarahan kepada parti Dap kerana menyerang mereka tapi itu tidak bermaksa Pas berani menentang Dap.

Kerana itulah mereka tetap mahu meneruskan kerjasama dengan pakatan pembangkang kononnya selagi tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan sunah.

“Inilah sandiwara politik… Bukan Pas tidak tahu Dap terang-terangan menentang hudud dan sering mempersoalkan agama Islam tetapi mereka bukan sahaja tidak menasihati rakan sekutu ini tetapi memilih untuk terus kekal bersama.

“Semua ini hanyalah kerana takut hilang kuasa dan sokongan,” ulasnya lagi.