Golongan Wanita Turut Dibantu Dalam RMK 11

MUAR, 8 Jun – Komitmen kerajaan dalam membantu dan membimbing golongan wanita negara ini untuk berjaya dalam bidang keusahawanan, telah diterjemahkan melalui pelbagai polisi pembangunan negara dalam Bajet 2015 dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang dibentangkan di Parlimen pada 21 Mei lepas.yb zai

Antara sasaran dalam memartabatkan wanita dalam ekonomi ialah memastikan penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam bidang korporat mencapai 30 peratus, dan di sektor awam, wanita yang berpangkat Jusa C ke atas telah melepasi 35 peratus.

Puan Zaiton Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Balang berkata, beliau berharap setiap wanita tidak melepaskan peluang yang disediakan kerajaan ini.

Mereka hendaklah sentiasa berusaha dan merebut peluang. Mereka juga perlu peka dan rajin mendapatkan maklumat mengenai bantuan-bantuan yang disediakan.

Pelbagai peluang telah disediakan oleh kerajaan khas untuk wanita sebagai contoh Amanah Ikhitiar Malaysia (AIM) dan kini Pasarnita di bawah Pejabat Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Iktisas Wanita”

“Saya berharap pelbagai bantuan yang disediakan ini juga dapat dirasai oleh usahawan wanita luar bandar agar mereka tidak merasa terpinggir. Perkara pokok yang perlu diberikan kepada semua usahawan wanita ini ialah bagaimana bijak mengurus dan mengendali bantuan yang diberikan terutamanya bantuan atau pinjaman yang berbentuk kewangan.

“Kita terpaksa akur bahawa kegagalan biasa yang dialami oleh mereka ialah gagal mengurus kewangan dengan baik, oleh itu tidak cukup hanya dengan memberi bantuan tetapi meraka juga perlu diberi pendedahan dan ilmu mengurus kewangan perniagaan.

“Bagi saya RMK 11 ini membuktikan betapa kerajaan BN tidak mahu golongan wanita keciciran dan mahukan golongan wanita juga bersiap siaga menghadapi Wawasan 2020 yang berbaki 5 tahun lagi,” ujarnya.