Batal Kerjasama Dengan Dap Tapi Kekal Dalam Pakatan Pembangkang Bukti Pas Parti Tunggang Langgang

Parit Sulong, 7 Jun – Batalkan kerjasama dengan Dap tetapi mahu kekal dalam pakatan pembangkang, inilah bukti Pas ibarat parti tunggang-langgang yang tidak tahu apa yang diinginkan.

17860291574_cb9fd0a7f2_bDemikian ujar Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkarnain Kamisan mengulas cadangan Muktamar Dewan Ulama Pas agar membatalkan kerjasama dengan Dap tetapi tetap kekal dalam pakatan pembangkang.

Jelasnya, Pas seharusnya berani dan yakin sekiranya mahu terus berada di landasan yang betul dalam memperjuangkan agama Islam.

Sekiranya mahu batalkan hubungan dengan Dap maka Pas juga harus keluar daripada pakatan pembangkang.

“Adakah keengganan keluar daripada pakatan berkait dengan takut hilang kuasa? Jika kuasa menjadi tunjang perjuangan Pas maka tidak ada maknanya mereka batalkan hubungan dengan Dap.YB-dato-zulkurnain-bin-hj-kamisan

“Keputusan Pas ini ibarat keluarga 69 yang tunggang-langgang. Nak batalkan kerjasama tapi masih mahu bersama pakatan pembangkang… pelik. Dalam hati benci tapi masih mahu bersama,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Tambahnya, usul yang dibuat ini jelas menggambarkan Pas tidak mempunyai pendirian dan takut untuk berdiri atas kaki sendiri.

“Ini semua adalah propaganda politik. Pas takut hilang sokongan penyokong mereka. Bagi saya, usul Pas ini benar-benar menjadi satu bahan lawak,” katanya lagi.

Semalam Dewan Ulama Pas Pusat sebulat suara meluluskan usul tergempar supaya parti itu memutuskan kerjasama politik dengan Dap. Walaubagaimananpun, Pas masih kekal dalam pakatan pembangkang.