Pemuda Akan Terus Pertahan Johor Sebagai Kubu Kuat UMNO BN

LABIS, 2 Jun – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labis, Mohd Sahir Ali Huddin berkata, usaha-usaha pembangkang untuk ‘merosakkan’ Johor daripada terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) tidak akan menjadi kenyataan kerana anak muda Johor akan terus menyokong kerajaan pusat.

Jelasnya, walaupun terdapat banyak isu nasional yang menghimpit pimpinan BN namun ianya langsung tidak menjejaskan sokongan anak muda Johor kepada parti apatahlagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 semakin hampir.

umno05“Kami anak muda Johor akan terus bersama parti BN. Johor masih menjadi kubu kuat UMNO dan BN kerana sokongan rakyat terhadap parti itu masih lagi kukuh serta tidak pernah goyah walaupun cuba digugat pihak tertentu.

“Anak-anak muda akan terus mempertahankan Johor sebagai kubu kuat BN pada PRU-14 kerana kerajaan sudah banyak berjasa dengan membawa kesejahteraan dan pembangunan,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Tambahnya lagi, beliau sendiri mengambil pendekatan mendekati anak muda di bawah 30 tahun bagi memastikan mereka ini tidak terpengaruh dengan agenda jahat pembangkang.

Ini kerana jelasnya, golongan ini telah dikenalpasti sebagai golongan yang mudah dipergunakan. Maka penjelasan yang betul haruslah diberi agar mereka ini dapat membuat perbandingan yang mana betul dan yang mana salah.

“Jentera Pemuda di Labis sendiri akan terus bekerja keras bagi mengekang pihak pembangkang yang kini sentiasa berusaha meningkatkan emosi dan memainkan perasaan benci dan marah pengundi supaya menolak kerajaan sedia ada.

“Kita tidak mahu anak muda dijadikan batu loncatan ataupun digunakan demi kepentingan peribadi pembangkang. Inilah tugas Pemuda tapi saya percaya anak muda Johor masih terus percayakan pucuk pimpinan sediada kerana telah terbukti selama ini hanya BN yang terbaik,” ujarnya lagi.