Kerajaan Negeri Johor Peruntuk RM100,000 Bantu Mangsa Ribut Di Kluang

KLUANG, 3 Jun – Kejadian ribut taufan di Taman Indah Jaya, Taman Matahari, Taman Korakyat dan beberapa yang lain telah menyebabkan 266 rumah mengalami kerosakan yang beranggaran RM2.04 juta

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Md Jais Sarday berkata, tuat masa ini, kerajaan negeri Johor menyediakan peruntukan berjumlah  RM100,000 dan Majlis Agama Islam Negeri Johor bakal memberi bantuan membaiki rumah-rumah mangsa yang beragama Islam melalui peruntukan zakat berjumlah RM600,000.    jais

“Kerajaan negeri juga memohon bantuan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi membantu dari segi memperbaiki kerosakan rumah,” katanya  yang juga ADUN Mahkota

Turut terjejas akibat ribut tersebut ialah Taman Ko-Rakyat, Taman Matahari, Taman Dato Amar Diraja, Taman Sri Paya, Taman Ilham dan Taman  Bertuah.

Majlis Perbandaran Kluang , Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Bomba dan Penyelamat, Tenaga Nasional Bhd dan Rela gigih dengan usaha menyelamat, membersihkan kawasan perumahan yang terjejas serta membaik pulih kuasa elektrik di kawasan-kawasan berkenaan yang teruk akibat ribut yang pertama kali melanda daerah itu.

“Saya juga mengalu-alukan NGO atau individu tertentu yang bermurah hati untuk menyumbang.

Terima kasih kepada semua agensi dan jabatan yang memberikan sokongan dan bantuan untuk meringankan beban mangsa ribut.

“Saya berharap mereka yang ditimpa musibah ini bersabar, setiap musibah pasti ada hikmahnya.”