Jangan Sentuh Isu Sensitif – TMJ

JOHOR BAHRU 2 Jun – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini memberi amaran supaya tiada pihak yang bertindak mengganggu keharmonian rakyat Johor dengan men- yentuh isu-isu agama yang sememangnya sensitif.

Sehubungan itu, Tunku Ismail menggesa supaya rakyat Johor jangan terlalu mudah terpengaruh dengan tindakan seumpama itu kerana ia adalah merupakan strategi pihak tertentu untuk meme- cahbelahkan penduduk negeri itu.

Menurutnya, maklumat yang diterima dan dikenal pasti ber- kenaan video Johor For Christian yang sedang menjadi viral di laman sosial Facebook yang didakwa didalangi sebuah kumpulan dari sebuah negeri.

“Jangan pecah-belah antara kaum dan bangsa Johor, anasir-anasir luar takut bangsa Johor bersatu. Kita sentiasa menghormati semua kaum dan setiap kaum juga berhak mengamalkan agama masing masing.

“Bagaimanapun, orang luar tidak patut mengganggu keharmonian bangsa Johor dengan menyentuh isu agama yang sememangnya sensitif,” katanya menerusi laman sosial Facebook JOHOR Southern Tigers di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim berkata, pemuda UMNO negeri membantah sekeras-kerasnya tindakan tersebut kerana dikhuatiri akan menimbulkan keresahan kepada masyarakat Islam di negeri ini.

Tambahnya, mereka juga tidak mahu perkara seumpama itu akan menimbulkan pelbagai kekeliruan serta salah faham tidak diingini sekali gus mendesak supaya penganjuran program berkenaan dibatalkan.

Pada masa sama, katanya, Pemuda UMNO Johor turut mendesak pihak berkuasa mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya ke atas penganjur program MforJ2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference.

“Kita juga mengajak Pas untuk bersama-sama dalam menangani isu berkenaan. Umat Islam perlu bersatu terutama dalam kita menyambut bulan Ramadan yang mulia tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Hahasrin memberitahu, rakyat Johor dikejutkan dengan video berdurasi 1 minit dan 20 saat yang memaparkan ucapan daripada barisan paderi kristian yang berbaur provokasi dan penghinaan kepada agama Islam.

Beliau menegaskan, Perlembagaan Malaysia dengan jelas menyatakan umat Islam dan penganut agama lain bebas mengikuti dan mengamalkan ajaran agama masing-masing tertakluk kepada syarat ditetapkan, namun perbezaan agama bukan satu alasan untuk tidak berlaku adil dan bertoleransi.