Pemuda Johor Bantah “MforJ2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference”

JOHOR BAHRU, 2 Jun – Rakyat Johor khususnya di kejutkan dengan video ‘trailer’ persidangan agama kristian “MforJ2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference” yang berdurasi 1 minit 20 saat, yang memaparkan ucapan dari barisan paderi kristian yang berbaur provokasi dan penghinaan kepada Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negeri Johor dan Malaysia.

photo_2015-06-03_01-03-38Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim berkata, tindakan seumpama ini mencerminkan sifat penganjur yang tidak bertoleransi terhadap majoriti masyarakat di negeri ini.

“Di Malaysia, toleransi beragama di amalkan dengan bersandarkan kepada Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, yang mana setiap warganegara Malaysia berhak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya, tetapi tertakluk kepada Fasal (4), yang menghadkan pengembangan agamanya kepada orang – orang Islam.

Penghadkan pengembangan agama lain kepada orang Islam turut di kuatkuasakan pada peringkat Negeri Johor, di mana “Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembagan Agama Bukan Islam) Johor 1991 (Enakmen No. 12/1991), memperuntukan satu bidang kuasa kepada kerajaan negeri dalam menyekat sebarang usaha pegembangan agama kepada orang Islam di sini.

Perlembagaan Malaysia dengan jelas menyatakan bahawa umat Islam dan penganut – penganut agama lain bebas untuk mengikuti dan mengamalkan ajaran agamanya masing – masing dengan tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Sifat toleransi (tasamuh) adalah sifat yang disanjung tinggi oleh Islam. Perbezaan agama bukanlah alasan untuk tidak berlaku adil dan bertoleransi. Video yang baru – baru ini “viral” di media sosial, telah meletakkan satu posisi provokasi dari pihak penganjur, dengan menyatakan, ” I’m waking up the giant of asia Malaysian Church “, ” Give me Johor Bahru or I Die “, “Johor for Jesus” dan ” Allow me to chase away the enemy in the city “.

Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor membantah sekeras – kerasnya tindakkan penganjur dengan penyebaran video provokasi seumpama ini. Ia dikhuatiri akan menimbulkan satu suasana yang keresahan di dalam khalayak majoriti masyarakat Islam di Negeri Johor selain menimbulkan pelbagai kekeliruan serta salah faham yang tidak diingini. Sehingga kini, kebanyakan bahagian Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor telah membuat laporan polis berkenaan program ini.

“Kami mendesak supaya, penganjuran program ini dibatalkan dan mendesak pihak berkuasa mengambil perhatian dan tindakan sewajarnnya ke atas penganjur program “MforJ2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference” ini.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor juga mengajak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bersama – sama dalam menangani isu ini. Umat Islam perlu bersatu dalam kita menyambut bulan Ramadhan yang mulia tidak lama lagi,” ujarnya lagi yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara.