Kerajaan Johor Salur Peruntukan Tambahan Untuk Selenggara, Bersih Sekolah Agama

JOHOR BAHARU, 31 Mei — Kerajaan Johor menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM2.815 juta bagi kerja penyelengaraan dan pembersihan di 563 sekolah agama negeri ini, tahun ini.

UMNOJOHOR-27-sMenteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata peruntukan itu merupakan tambahan kepada peruntukan sedia ada (RM2 juta) yang dibentang menerusi Bajet Johor 2015, tahun lepas.

“Daripada jumlah RM2.815 juta itu, setiap sebuah dari 563 sekolah terbabit akan menerima RM5,000,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung Badan Kebajikan Negeri Johor kali ke-15 dan majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Agama Bandar Permas Jaya, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Mohd Rofiki Shamsuddin dan Guru Besar Sekolah Agama Bandar Permas Jaya Noriyah Embok Entang.