Kabinet Bayangan Pembangkang Hanya Angan-Angan Mat Jenin

KLUANG, 29 Mei – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, kabinet bayangan pakatan pembangkang hanyalah satu angan-angan mat jenin yang tidak berpijak di bumi nyata.

UMNOJOHOR-26-sIanya hanyalah satu skrip basi dengan tujuan mengelirukan rakyat kononnya mereka lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).

Jelas Khairul, jika mendaftarkan gabungan pun tidak mampu dilakukan, bagaimana mungkin pakatan pembangkang berangan mentadbir Negara dan mengeluarkan senarai kabinet bayangan.

“Jika kita lihat senarai tersebut, mereka sendiri tidak berani untuk meletakkan siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak sepakat.

“Erti perkongsian kuasa pun mereka tidak faham jadi bagaimana mereka mahu mentadbir Negara malah saya yakin antara Dap, Pas dan PKR langsung tiada perbincangan sebelum mengeluarkan senarai kabinet bayangan tersebut kerana itulah masing-masing mempunyai senarai tersendiri,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Tambah Khairul, sebelum berangan untuk merampas kuasa, pembangkang harus membuktikan terlebih dahulu kepada rakyat bahawa perjuangan mereka adalah sama.

Jika inipun mereka gagal, mereka memang tidak layak sama sekali untuk mencabar BN.

“Apa yang boleh saya katakana, senarai kabinet bayangan pembangkang ini hanya penuh dengan kroni dan anak-beranak.

“Inilah cerita lawak pembangkang yang saya pasti tidak akan berakhir. Ianya akan terus diulang tayang sampai bila-bila,” katanya. – MediaUMNO