Pembinaan Rel Keretapi Berkembar Gemas-Johor Sesuatu Yang Ditungu-Tunggu – Ali Mazat

KULAIJAYA, 28 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai , Yb Ali Mazat Salleh percaya pembinaan rel keretapi berkembar Dari Gemas ke Johor Bahru bakal memberi limpahan manfaat kepada kawasan berkenaan.

UMNOJOHOR-30-sSambil mengalu-alukan rancangan berkenaan sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak, ketika pembentangan RMK 11 baru-baru ini beliau seterusnya menambah pembinaan berkenaan sesutu yang ditunggi-tunggu.

“Hampir separuh dari kawasan Dun Bukit Permai akan terlibat dalam pembinaan rel berkembar ini. Kawasan yang terlibat ialah dari Sedenak sehinggalah ke Kampung Pertanian.

“Saya berharap pembinaan rel berkembar ini disegerakan kerana ianya agak sensitif dan pernah dibangkitkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Kulaijaya.

“Ini adalah kerana kita telah memindahkan dan membersihkan semua penempatan setinggan yang berada di kawasan terlibat sebelum ini. Dengan pembinaan berkenaan, kita amat berharap segala perkara berbangkit tidak akan timbul lagi,” katanya.

Ali Mazat seterusnya berharap dengan pembinaan rel berkembar keretapi tersebut ianya akan menjadikan daerah Kulaijaya sebagai salah satu destinasi tumpuan pelancong dalam negara.

“Terima kasih kerajaan dan sudah tentunya kita amat mengharapkan projek pembinaan rel keretapi berkembar dimulakan secepat mungkin untuk manfaat semua pihak,” katanya lagi.

Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan RMK-11 baru-baru ini turut mengumumkan Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru dengan jarak 197 kilometer