Sebanyak 19 Agensi Sertai Ekspo Buku Johor Di Angsana Jumaat Ini

JOHOR BAHARU, 27 Mei – Sebanyak 19 agensi akan menyertai Ekspo Buku Johor 2015 yang diadakan tiga hari di pusat membeli-belah Angsana, di sini, bermula Jumaat ini.

Penganjurnya ekspo berkenaan, Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) berkata agensi terlibat termasuk Perpustakaan Sultan Ismail, Dewan Bahasa dan Pustaka, Popular Book Co. (M) Sdn Bhd, Aman Palestin, Grolier (Malaysia) Sdn Bhd dan Penerbitan Pelangi Sdn Bhd.

11352024_1663663273862716_1183043404_n“Acara yang masuk tahun ketiga penganjurannya itu akan dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Gambir merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ),” menurut kenyataan IPPJ di sini hari ini.

Pelbagai aktiviti sampingan akan diadakan seperti pertandingan kompang berirama, pertandingan mewarna, pertandingan sahibba cop, ceramah perdana dan pertandingan ‘selfie’ anda dan buku, menurut kenyataan itu.

Ekpso akan berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam.

IPPJ yang merupakan anak syarikat kumpulan Johor Corporation menganjurkan ekspo itu bersama PPAJ sementara Takaful Ikhlas, sebagai rakan penaja.-Bernama