Kepimpinan UMNO diminta sentiasa bersama masyarakat dan aktiviti setempat

Kulaijaya, 26 Mei –  Jentera parti  diingatkan agar bukan sahaja aktif bersama masyarakat setempat malah perlu mempelbagaikan program agar ianya memenuhi citarasa kumpulan sasar.

Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Bukti  Permai , Haji Ali Mazat Bin Hj Salleh berkata langkah berkenaan cukup penting kerana ramuan daripada kedua-duanya bakal memberi impak yang positif terhadap parti.

yb ali mazat 2“Kita bukan sahaja perlu  sentiasa berada dalam kelompok masayarakat setempat, malah mencari program yang menepati kehendak dan naluri pelbagai lapisan peringkat. Sebagai contoh Sukan Muafakat Johot yang diadakan baru baru ini bukan sahaja menarik golongan muda malah lebih jauh daripada itu.

“Dengan cara dan kaedah sebegini, kita percaya bukan sahaja golongan muda malah pelbagai lapisan masyarakat akan terus memberi keyakinan kepada BN untuk terus mengemudi Johor  sekaligus meranapkan impian pembangkang untuk menawan negeri kelak,” katanya.

Pada masa yang sama Ali Mazat turut mengingatkan  jentera  parti agar  terus yakin dengan kepimpinan UMNO dalam usaha meneruskan kegemilangan parti bagi melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.

Kata beliau semangat dan komitmen berkenaan cukup penting memandangkan hari  ini parti sedang menghadapi dugaan daripada luar dan dalam.

“Fokus utama jentera dan juga ahli adalah melipatgandakan lagi usaha dengan mendekati akar umbi agar kehadiran UMNO  serta BN  sentiasa dirasai. Itulah fokus kita,” katanya.