Operasi Bas Awam Di Jalan Wong Ah Fook Dipindah Ke JB Sentral

JOHOR BAHARU, 24 Mei  — Operasi bas awam di Jalan Wong Ah Fook, di pusat bandar raya telah dipindahkan ke JB Sentral di Jalan Jim Quee mulai 18 Mei lepas.

image-4Datuk Bandar Johor Baharu Datuk Abdul Rahman Mohamed Dewam berkata pemindahan berkenaan dilakukan berikutan pelaksanaan projek menaik taraf Sungai Segget di kawasan Jalan Wong Ah Fook.

“Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) sudah mengeluarkan makluman awal kepada enam syarikat pengendali pengangkutan awam.

“Kita juga sudah meminta mereka mematuhi arahan yang dikeluarkan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu, MBJB meminta orang awam mengambil maklum mengenai pemindahan operasi bas terbabit bagi mengelakkan sebarang kesulitan.