Kabinet Bayangan Bukti Pas Dan PKR Di bawah Tapak Kaki DAP

PULAI, 21 Mei – Gambaran kabinet bayangan Dap tanpa Pas dan PKR jelas membuktikan bahawa kedua-dua parti tersebut selama ini hanya berada di bawah tapak kaki Dap, ujar Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

UDA PC 02Jelasnya, senarai kabinet bayangan itu juga sekaligus membuktikan bahawa gabungan pakatan pembangkang hanyalah untuk mempermainkan fikiran rakyat tanpa ada rasa membela dan membalas kepercayaan yang selama ini diberi oleh rakyat.

“Ini jelas membuktikan Dap sebenarnya hanya mahu berkuasa dan bukan lagi memperjuangkan nasib rakyat berbilang kaum.

“Perjuangan ideologi politik yang berbeza memperlihatkan tembelang mereka akhirnya pecah. Inilah yang dikatakan, bangkai gajah tidak boleh disorok, akhirnya akan diketahui juga.

“Dap kini sudah semakin berani menunjukkan mereka sebenarnya hanya mempergunakan PKR dan Pas demi kepentingan mereka sendiri. Apabila agenda mereka telah tercapai maka Pas dan PKR di tendang begitu sahaja,” ujarnya kepada UMNO Johor.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung Dap yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng yang memberikan bayangan bahawa Dap bakal memerintah Negara secara bersendirian sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Tambah Nur Jazlan, kabinet bayangan Dap ini benar-benar mencalar maruah parti Pas dan PKR yang selama ini memberi kerjasama meraih kepercayaan rakyat.

Inilah sikap cauvenis yang diamalkan Dap sehingga sanggup menggigit rakan sendiri.

Oleh yang demikian ujar Nur Jazlan, rakyat harus berfikir secara bijak dan menilai adakah pemimpin sebegini yang boleh diangkat untuk membela nasib Negara.