Program Sembang Santai, Dekatkan Masyarakat Dengan Pemimpin

KOTA TINGGI, 20 Mei – Program Sembang Santai yang telah diadakan di Tanjung Sedili baru – baru ini meriah dengan kehadiran kira – kira 100 orang warga Tanjung Sedili yang terdiri daripada pelbagai golongan . Program itu yang sentiasa dinantikan oleh masyarakat setempat adalah anjuran JKKK Tanjung Sedili, UMNO Cawangan Tanjung Sedili dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Tinggi

Rata – rata mereka yang hadir rasa amat gembira dengan kehadiran Ahli Parlimen Kota Tinggi , Datuk Haji Noor Ehsanuddin Bin Haji Harun Narrashid bagi mendengar permasalah, pandangan serta cadangan daripada masyarakat setempat.

IMG_20150515_090340Program itu juga menyahut seruan pucuk pimpinan negara agar pemimpin – pemimpin diperingkat akar umbi menyelami nurani serta merasai denyut nadi rakyat di kawasan mereka. Alhamdulillah ruang yang dibuka ini telah disambut baik dan disertai oleh semua pihak.

Ianya juga memberi peluang Ahli Parlimen Kota Tinggi menyampaikan maklumat dan infomasi berkaitan isu terkini seperti GST dan peluang – peluang yang disediakan kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri seperti peluang pekerjaan di wilayah pembangunan Iskandar dan PIPC juga RAPID di Pengerang.

“ Saya berharap masyarakat setempat terutamanya golongan belia tidak ketinggalan dalam merebut peluang pekerjaan yang disediakan di wilayah pembangunan Iskandar dan PIPC juga RAPID di Pengerang.”

“Banyak soalan-soalan serta cadangan dari sudut pembangunan, prasarana, penambah baikkan dan kebajikan penduduk telah diutarakan. Ianya telah dijawab secara langsung dan cadangan-cadangan telah direkodkan bagi tujuan tindakan selanjutnya.”

“Sebelum Tanjung Sedili , beberapa kawasan lain juga telah mengadakan program yang sama dan Insya Allah usaha ini akan diteruskan dan diadakan lagi dimasa-masa akan datang” ujarnya