Kerja Naik Taraf Lebuhraya Pasir Gudang 70 Peratus Siap

NUSAJAYA, 18 Mei -– Projek menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang di sini mengalami kelewatan kerja fizikal sebanyak 10 peratus menjadikan status siapnya hanya 70 peratus berbanding 80 peratus yang dijadualkan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri, Datuk Ir Hasni Mohamad, kelewatan berpunca daripada kegagalan kontraktor menyiapkan kerja-kerja pengalihan paip bersaiz 200 milimeter di Zon 5 kawasan
pembangunan projek.

main_ni_2809_p18Selain itu, ia juga disebabkan kontraktor lewat menjalankan kerja-kerja cerucuk, menambak, substruktur, superstruktur, parit dan pembentung, katanya menjawab soalan Liow Cai Tung (DAP-Johor Jaya) pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau turut memberitahu, Jabatan Kerja Raya sentiasa memastikan pihak kontraktor utama dan subkontraktor mengutamakan keselamatan awam sepanjang pelaksanaan projek.

Menjawab soalan tambahan Datuk Maulizan Bujang (BN-Tiram) mengenai tahap keyakinan kerajaan negeri untuk menyiapkan projek itu mengikut masa ditetapkan, Hasni berkata pihaknya telah menghubungi subkontraktor dilantik untuk mengetahui perjalanan jadual kerja.

“Apabila perancangan ini ada, insya-Allah projek ini boleh disiapkan menjelang 30 September, katanya.

Projek menaik taraf lebuh raya melibatkan peruntukan RM150 juta diumumkancPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa majlis perjumpaan bersama penduduk di Taman Setia Indah pada 2012.

Ia dimulakan dengan fasa satu yang melibatkan laluan dari persimpangan Kangkar Tebrau ke persimpangan Plentong sejauh lapan kilometer.