Hospital Dan Klinik Kerajaan Di Johor Mampu Beri Khidmat Terbaik – EXCO Kesihatan

MUAR, 19 Mei — Hospital dan klinik kerajaan di Johor memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat walaupun jumlah pesakit yang menerima rawatan semakin meningkat setiap tahun, kata exco negeri Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata walaupun kos rawatan yang dibelanjakan berjumlah RM1.8 bilion berbanding pendapatan yang diperoleh hanya RM32 juta tahun lalu, ia tidak membataskan khidmat terbaik yang diberikan kakitangan kesihatan.

11103211_1019774528035343_3947449427817915644_o“Seramai 21,000 kakitangan kesihatan seluruh negeri begitu komited dan dedikasi dalam menjalankan tugas walaupun menerima lebih dua juta pesakit luar dan 319,325 pesakit dalam wad yang telah mendapatkan rawatan di 12 hospital dan
klinik-klinik kesihatan kerajaan di negeri ini.

“Kami memberikan mutu perkhidmatan bertaraf kelas pertama kepada masyarakat dan bersedia menerima cabaran dari segi kritikan tentang mutu perkhidmatan hospital dan klinik-klinik kesihatan di negeri ini,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Dewan Saujana HPSF di sini, hari ini.photo_2015-05-21_23-54-35

Turut hadir Pengarah HPSF Dr Selahuddeen Abd Aziz dan Pegawai Kesihatan daerah Ledang Dr Zaharah Mohd Salleh.

Ayub berkata sehingga Mei ini, sebanyak 47 aduan rasmi berkaitan mutu perkhidmatan diterima daripada masyarakat di negeri ini dan pihaknya amat terbuka untuk menerima lebih banyak aduan supaya setiap kelemahan dapat diperbaiki dan prestasinya dipertingkatkan.

Sementara itu, beliau berkata, Johor merupakan negeri keempat tertinggi bilangan pesakit Tibi iaitu sebanyak 2,163 kes pada tahun 2013 selepas Sabah (4,456 kes) Selangor (4,016 kes) dan Sarawak (2,604 kes).

Katanya bilangan kematian yang dilaporkan pula pada tahun tersebut ialah 114 orang.