Aduan Ibu Muda Di Laman Media Sosial Dapat Perhatian Puteri UMNO Ayer Hitam

AYER HITAM, 18 Mei : Nur Safiqah Binti Taip, ibu muda berusia 26 tahun melahirkan rasa bersyukur apabila aduannya di laman media sosial telah berjaya mendapat maklumbalas dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam.

Ibu yang mempunyai 3 orang anak berusia 4 hingga 7 tahun ini, mengalami masalah untuk mendapatkan bekalan air bersih kerana beliau tidak mampu memasang saluran paip di rumah beliau.

photo_2015-05-17_16-00-36Sejak beberapa bulan yang lalu beliau menggunakan kereta sorong untuk mengangkut air dari rumah jirannya. Jika musim hujan, air kolam di sebelah rumahnya digunakan untuk kegunaan harian seperti untuk membersihkan diri.

Kehadiran Ketua Puteri UMNO bahagian Ayer Hitam , Nuriyati Binti Md Ithnin ke rumahnya seolah – olah membawa harapan.

“Kami akan cuba bantu urusan pendaftaran Syarikat Air Johor dan pemasangan saluran paip bekalan air bersih untuk adik Nur Safiqah sekeluarga.

Terima kasih kepada YB Datuk Samsolbari Bin Jamali, Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, YB Datuk Dr. Wee Ka Siong yang bersetuju menanggung segala kos berkaitan.”

“ Kami juga akan bantu adik Nur Safiqah untuk menambah pendapatan beliau dengan memohon Bantuan Berdikari melalui Majlis Zakat. Kes – kes sebegini memang sewajarnya diberi perhatian oleh Pergerakan Puteri UMNO bagi membantu meringankan beban dan berperanan sebagai “Support Group” bagi ibu-ibu muda yang memerlukan bantuan atau khidmat nasihat.”

“Saya juga telah meminta ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam agar terus bergerak bagi mengenalpasti ibu-ibu muda yang bermasalah untuk kami bantu sama ada secara sokongan moral atau menunjukkan mereka saluran yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah mereka.”

“Dengan cara ini juga akan dapat mendekatkan Puteri dengan golongan wanita muda” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.