Mohon tambahan 20,000 PPR dalam RMK-11

JOHOR BAHRU 16 Mei – Kerajaan negeri memohon tambahan 20,000 unit ke­­diaman di bawah Projek Pe­rumah­an Rakyat (PPR) daripada kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

Hal tersebut dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika berucap semasa Perasmian PPR Melana Indah yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Menurut beliau, permintaan ter­sebut dibuat bagi saling melengkapi usaha Johor untuk menjayakan program Rumah Mampu Milik Johor bagi menyediakan rumah kepda rakyat berpendapatan rendah dan sederhana serta mereka yang pertama kali ingin memiliki rumah.

“Ketika ini ramai yang ditawarkan membeli rumah tidak dapat pinjaman bank dan sebab itu perlu ada PPR yang merupakan rumah sewa atau sewa beli. Ketiga, pertumbuhan rancak di Johor khususnya Iskandar Malaysia menawarkan banyak peluang pekerjaan dan ramai yang berhijrah ke koridor pembangunan ini.UMNOJOHOR-03

“Keempat, jumlah (PPR) yang besar ini diperlukan kerana perlu juga dibina di daerah lain yang mengalami pembangunan dan bukan Johor Bahru sahaja. Akhir sekali, soal perumahan memang perkara pokok dan paling utama bagi kerajaan negeri,” katanya.

Yang turut hadir Menteri Ke­sejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein; Speaker Dewan Undangan Negeri, Tan Sri Mohamad Aziz dan Setiausaha Kerajaan Nege­ri, Datuk Ismail Karim.

Jelas Mohamed Khaled, projek perumahan adalah projek kehidupan yang membolehkan pemilik berasa selamat dan selesa dalam usaha membina keluarga yang baik dengan peluang anak-anak belajar dalam keadaan kondusif seterusnya menjana kehidupan masyarakat harmoni dan sejahtera.

11233179_10153074150033173_475542717968396630_nDalam perkembangan lain, beliau berkata, Badan Perhubungan UMNO Johor yang bermesyuarat semalam menzahirkan sokongan penuh kepada Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri dalam usaha mendepani serta menyelesai pelbagai isu negara ketika ini.

“Kita yakin Perdana Menteri menghantar isyarat dan mesej yang amat jelas kepada kita semua betapa kebajikan rakyat sentiasa menjadi agenda utama dan terpenting beliau dan kerajaan.

“Inilah bukti kerajaan hari ini benar-benar berusaha membawa kesejahteraan dan ekonomi senada dengan keperluan rakyat,” katanya.