Diaz Kembali Ke Pangkuan JDT

JOHOR BAHRU – Jorge Pereyra Diaz kembali ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT), kira-kira dua bulan selepas meninggalkan Harimau Selatan untuk menyertai kelab di Brazil.

Kemasukan semula penyerang dari Argentina itu disahkan oleh JDT semalam menerusi kenyataan dalam Facebook rasminya.

image-2Menurut kenyataan itu, Diaz bagaimanapun hanya akan beraksi bersama JDT dalam Piala AFC tetapi akan kembali ke dalam skuad Liga Malaysia Harimau Selatan apabila musim baharu bermula.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, kemasukan semula Diaz akan mempertajamkan lagi bahagian serangan JDT.

Pemain itu dijangka tiba di Johor pada Selasa ini dan kontraknya bersama JDT untuk saing­an Liga Super akan dibuat pada hujung tahun ini.

“Diaz akan kembali menyarung jersi JDT untuk membantu pasukan dalam kempen Piala AFC 2015. Kontraknya bersama JDT untuk Liga Malaysia pula akan disambung kembali untuk satu setengah tahun mulai Disember tahun ini hingga 2017 selepas dia kembali daripada dipinjamkan ke Liga Perancis dan Amerika,” katanya dalam kenya­taan di akaun Facebook Johor Southern Tigers.

Diaz yang menjaringkan tujuh gol pada musim lalu, berkemungkinan beraksi buat kali pertama bersama JDT dalam perlawanan menentang pasukan dari Myanmar, Aye­yawady United dalam pusingan kalah mati Piala AFC pada 27 Mei ini selepas mereka muncul juara Kumpulan F.

Pemain itu meninggalkan JDT pada awal tahun untuk menyertai sebuah pasukan di Brazil dan kekosongan yang ditinggalkan olehnya digantikan dengan bekas pemain tengah Santos, Patricio Rodriguez.

– See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/diaz-kembali-ke-pangkuan-jdt-1.92594#sthash.Ymf6NexD.dpuf