Zon Antarabangsa Dikenal Pasti

JOHOR BAHRU 15 Mei – Kerajaan negeri sudah mengenal pasti kawasan yang sesuai diperkenalkan sebagai Zon Antarabangsa dan akan mengadakan pameran untuk mendapatkan maklum balas daripada orang ramai.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pameran yang akan diadakan dalam masa terdekat itu akan memberi segala maklumat termasuk ka­wasan serta polisi berkenaan zon tersebut.

FW396958_JB01_150515_MB_JOHOR-e1431684875688“Kita sudah dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan perkara tersebut,” katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembangunan projek The River [email protected] bernilai RM2.5 bilion, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latif Bandi; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat dan Naib Pengerusi Eksekutif Iskandar Waterfront Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Lim Kang Ho.

Mohamed Khaled berkata, pameran itu penting terutama bagi mendapatkan maklum balas daripada pemaju hartanah dan yang pasti apa pun perkara tentang zon tersebut bakal mewujudkan situasi menang-menang.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan di mana lokasi dan keluasan zon berkenaan.

Ditanya tentang saranan kerajaan Singapura yang mengarahkan pihak bertanggungjawab republik itu untuk memberi kesedaran mengenai pembelian hartanah di luar negara kepada rakyatnya, beliau menjawab, perkara itu bukan sesuatu yang baharu.

“Sejak dahulu lagi kerajaan Singapura sentiasa berhati-hati dalam perkara melibatkan rakyat republik itu berbelanja di luar negara, terutamanya di negeri ini,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Menteri Besar berharap projek The River [email protected] akan menjadi antara tarikan penting dan lokasi bagi rakyat tempatan mahupun pelancong asing berehat serta beriadah.

Menurutnya, projek tersebut juga merupakan salah satu con­toh bagaimana usaha men­tran­s­for­masikan sesuatu kawasan persekitaran di negeri ini dan bukan hanya tertumpu untuk membina rumah dan menyediakan sistem pengangkutan awam.