Tidak Wujud “Team A” Atau “Team B” Dalam Kepimpinan Najib – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata cubaan pihak tidak bertanggungjawab yang ghairah untuk memecah-belahkan perpaduan dan solidariti kepimpinan UMNO bolehlah disifatkan sebagai sia-sia.

Ini kerana jelasnya, tidak wujud sama sekali ‘Team A’ atau ‘Team B’ di dalam kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

pau-umno“Saya sebagai Ketua Penerangan UMNO berani untuk mengesahkannya 100 peratus. Semua pemimpin sedia ada memberikan sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan Datuk Seri Najib. Inilah kekuatan beliau,” ujarnya kepada UMNO-Online selepas merasmikan majlis pelancaran dan penyerahan bantuan biasiswa pendidikan Srikandi Malaysia di Menara Dato’ Onn hari ini.

Tambah beliau lagi, semua pemimpin UMNO tetap kukuh dan utuh di belakang Datuk Seri Najib dan kerana itulah apa juga kocakan yang berlaku di bawah, ianya tidak berkesan sama sekali.

“Kita sedar, terlalu banyak perkara negatif sekarang ini yang cuba mengganggu-gugat keutuhan UMNO tetapi mereka tidak akan berjaya. Kelebihan UMNO adalah semua pemimpin dan ahlinya sentiasa bersatu.DSA-01

“Sambutan Hari UMNO ke-69 semalam adalah bukti jelas yang menunjukkan bahawa kita UMNO bersatu. Semua pemimpin hadir memberi sokongan (kecuali Datuk Seri Shafie Apdal kerana menunaikan umrah).

“Mesyuarat majlis tertinggi semalam juga telah menyatakan persetujuan untuk terus bersama memberi sokongan yang padu kepada pimpinan Presiden dan Timbalan Presiden. Kami akan terus bersatu dalam satu pasukan menangani segala cabaran dan mengambil tindakan yang positif untuk mengukuhkan lagi kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di sisi rakyat,” ujarnya lagi.

Oleh itu jelasnya, mereka yang tidak bertanggungjawab ingin melihat UMNO lemah bolehlah melupakan niat tersebut kerana sekuat manapun mereka berusaha untuk menjatuhkan UMNO, ianya tidak akan berjaya.

 

Sumber: UMNO-Online