BN Kekalkan Kemenangan Di PRK Rompin

ROMPIN, 5 Mei – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Rompin apabila mencatat kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini dengan calonnya Datuk Hasan Arifin menewaskan calon Pas Nazri Ahmad.

BN menang dengan majoriti 8,895 undi, setelah meraih 23,796 undi manakala calon Pas mendapat 14,901 undi

DSC_9182

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan dengan Hasan mengisi kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Jamaluddin yang juga pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) meninggaldunia pada 4 April lalu akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor.