Benar Felda Perlu Diselamatkan, Tapi Dari Fitnah Pembangkang – Razali

KUALA LUMPUR, 27 April – “Saya tahu Felda perlu diselamatkan tetapi daripada mereka yang menabur fitnah dan sebagainya. Felda selama ini Alhamdulillah telah berjaya BN bangunkan tapi Felda menjadi tidak selamat apabila penabur fitnah ini lahir dan cuba memecahbelahkan masyarakat peneroka,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razali Ibrahim.

Jelasnya, yang perlu nak diselamatkan Felda adalah bencana seumpama ini iaitu tidak perlu timbul soal saman menyaman…soal pergaduhan, persengketaan dalam Felda yang mana semuanya wujud selepas puak-puak pemfitnah ini menjelma.

“Inilah yang kita nak selamatkan Felda daripada tercemar dengan anasir-anasir begini. Tipu muslihat sebagaimana tuduhan sehingga heret Felda ke mahkamah pun akhirnya terbukti tidak benar.

Rompin, 25 April--Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim beramah mesra dengan para pengundi muda dan jentera UMNO ketika hadir dalam tinjauan mesra bersama warga Felda di Felda Keratong 9 di sini petang ini. - Foto : MediaUMNO

“Perkara-perkara sebegini membantutkan serta melengahkan proses pembangunan yang kita mahu laksanakan. Kita tahu sebagai manusia kita tidak sempurna tetapi kelewatan berlaku sebab mereka inilah. Jadi memanglah kalau dibiarkan masa depan Felda tidak selamat,” kata beliau yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau mengulas pelbagai serangan yang kini tertumpu di Felda kawasan Parlimen Rompin yang akan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) 5 April ini.

Justeru ujar beliau menegaskan tugas dan peranan besar kerajaan adalah menyelamatkan Felda daripada pelbagai tohmahan dan dakyah sehingga memecahbelahkan Felda yang telah dibangunkan selama ini.

“Apakah Felda selama ini lebih teruk daripada waktu kita buka yang penuh dengan hutan tetapi hari ini penuh dengan hasil malahan kehidupan dari segi prasarana. Kalau di Rompin ini hampir semua kawasan Felda dapat menikmati sedikit sebanyak kemudahan prasarana.

“Proses ini tidak boleh dibuat semalaman namun begitu tempoh masa sejak dibuka sekitar awal 80-an telah banyak perubahan yang dapat mereka nikmati dan dapat disaksikan kerana yang terlibat dalam pembukaan itu masih hidup dan mereka ini patut kita rujuk dan tanya apakah kehidpan Felda sangat buruk seperti yang digambarkan.

“Dalam perjumpaan bersama masyarakat Felda kita bahagikan kepada dua isu iaitu yang dibangkitkan oleh pembangkang dan yang sengaja mengelirukan akan kita tangani secara politik serta terus berikan penjelasan perkara-perkara yang diputarbelitkan oleh pembangkang.

“Saya tidak menolak ada isu kedua iaitu yang kita terima secara benar daripada peneroka dan juga wakil-wakil rakyat di sidang Dewan Rakyat dan sidang DUN iaitu tentang soal perumahan, masa depan generasi kedua Felda, hak milik tanah.

 

Sumber: UMNO-Online