KWSP: Beri Alternatif Kepada Pencarum, Keluar Di Usia 55 tahun Atau Terus Simpan Sehingga Usia 60 tahun

PAGOH, 22 April- Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor menyarankan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menimbang semula cadangan mereka untuk melanjutkan usia kelayakan mengeluarkan wang simpanan KWSP dari umur 55 tahun ke 60 tahun.

Ketuanya, Rohaizah Ahmad berkata, kajian semula harus dibuat pihak KWSP dan usaha mendapat maklum balas yang dibuat pihak KWSP mengenai kewajaran cadangan tersebut merupakan satu pendekatan terbaik buat semua pihak khususnya dari pencarum itu sendiri.

gmbar roha”Apabila dilihat dalam memberi ruang kepada individu utk mendapatkan simpanan hari tua kami berpendapat agar pihak KWSP memikirkan semula dan membuat kajian serta soal selidik. Pengeluaran wang simpanan KWSP sewajarnya kekal pada usia 55 tahun berbanding cadanngan pada usia 60 tahun.

Puteri UMNO Johor sendiri mendapat maklum balas dari segelintir pihak yang rata-ratanya merupakan pencarum KWSP yang menolak cadangan tersebut kerana dalam usia 60 tahun, individu berisiko sakit dan mungkin tidak lagi berdaya mengeluarkan wang simpanan pada usianya 60 tahun, apatah lagi menggunakan wang tersebut untuk keperluan yang sepatutnya dibuat sebelum itu,” ujarnya.

Dalam masa sama, tidak mustahil ada di antara pencarum ini yang mahu bersara awal untuk tujuan peribadi ataupun mahu memulakan perniagaan sendiri.

“Jadi tidak adil jika mereka yang bersara lebih awal ini terpaksa menjadi mangsa kepada dasar baru KWSP yang hanya membenarkan mereka mengeluarkan kesemua wang mereka pada usia 60 tahun malah dalam maklum balas yang diterima juga, ada juga yang risau jika usia mereka tidak panjang untuk menikmati hasil wang caruman mereka itu sendiri.
Ada juga yang mahu menggunakan wang caruman tersebut untuk memulakan perniagaan dan segelintir lagi mahu mengerjakan ibadah Haji dan umrah dengan menggunakan wang simpanan mereka di KWSP,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Pagoh.

Sehubungan dengan itu, Puteri UMNO Johor berpendapat adalah lebih baik diberi alternatif kepada pencarum termasuk membenarkan mereka yang mahu mengeluarkan simpanan mereka pada usia 55 tahun dan membenarkan mereka yang mahu terus menyimpan sehingga ke usia 60 tahun, daripada membuat penegasan dan ketetapan sehingga mengenepikan kepentingan rakyat khususnya pencarum KWSP itu sendiri.