Pemuda UMNO Johor Sedia Turun Gelanggang PRK Rompin

KUALA LUMPUR 19 April – Pemuda UMNO Johor sedia turun gelanggang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin dalam usaha membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) kelak.

Ketua Penerangannya Shahrizan Jani berkata pihaknya menjangkakan lebih 2000 sukarelawan Pemuda UMNO akan berkampung dan berkempen membawa aspirasi BN sepanjang PRK itu berlangsung.

SahrihanJaniMenurut beliau kawasan berkenaan adalah cukup dekat dengan negeri Johor dan akan berusaha sebaik mungkin bersama dengan jentera-jentera yang lain bagi melicinkan kempen itu kelak.

“Kita bukan mahu mendabik dada…namun kita cukup yakin dan percaya kerusi Parlimen Rompin bakal dipertahankn oleh BN. Keyakinan ini berdasarkn perkhidmatan cemerlang yang telah dilaksanakan oleh mantan Ahli Parlimen selama ini yg sangat dikenali sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

“Wlaupun pelbagai isu mutakhir yang dikatakan tidak memihak kepada BN pada ketika ini, namun Pemuda UMNO Johor sangat yakin pengundi di Rompin cukup bijaksana dalam membuat keputusan dan tidak akan terpengaruh dengn dakyah yang akan ditabur nanti,” katanya di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menambah soal calon biarlah ditentukan serta diputuskan oleh pucuk pimpinan parti dan sebagai jentera parti, pihaknya akan membantu sedaya upaya yang mampu dalam usaha mempertahankan kemenangan sebelum ini.

“Kita datang dengan satu tekad dan satu semangat bersama rakan-rakan jentera yang lain membantu jentera setempat setelah tempoh berkempen akan bermula dalam beberapa hari sahaja lagi. Insya Allah,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 5 Mei hari mengundi manakala hari penamaan calon ialah 22 April bagi PRK Parlimen Rompin.