JDT Bangkit Ceriakan Penyokong

11157348_456560637840574_368800558529279543_oDi Stadium Larkin, Johor Bahru malam tadi, Johor Darul Ta’zim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Kelantan 3-1.

Gawang JDT begitupun lebih awal bocor menerusi jaringan pemain import pelawat, Austin Amutu seawal minit ke-10 dengan jaringan penyamaan cuma terhasil sembilan minit kemudian menerusi Hariss Harun yang menanduk masuk hantaran cantik Amri Yahyah dari kanan padang.

Tidak menunggu masa, penyerang import JDT, Alhaji Kamara meletakkan tuan rumah di depan selepas mendapat hantaran daripada Asraruddin Putra Omar sebelum Amri meletakkan namanya selaku penjaring pada minit ke-43.

Menerusi gerakan satu dua cantik bersama Alhaji, Amri yang tidak dikawal berjaya melepaskan rembatan kaki kiri cantik ke bucu kanan gawang Kelantan menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.