KDN Lantik Kontraktor Baru Untuk Pembinaan Bangunan Tambahan IPK Johor, Siap Ogos 2016

JOHOR BAHRU, 13 April – Pemaju projek pembinaan bangunan tambahan IPK Johor di negeri ini sejak 2012, telah ditamatkan perkhidmatannya pada Febuari 2014 kerana kegagalan melaksanakan projek tersebut seperti yang dijanjikan mengikut tempoh ditetapkan atas sebab sebab teknikal.

Projek yang melibat pembinaan tambahan bagi bangunan pentadbiran, tempat letak kereta bertingkat dan kuarters anggota dianggarkan berjumlah RM7.2 juta sepatutnya siap pada 2012, tetapi kontraktor yang terdahulu hanya berjaya menyiapkan 2% pembinaan sebelum ditamatkan perkhidmatan.

11136272_1047670145260499_838807367572311583_oMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, KDN serta PDRM dengan kerjasama JKR sebagai agensi pelaksana terpaksa mengambil alih projek untuk memastikan ianya mesti disiapkan sebelum atau pada 3hb Ogos tahun hadapan. Tiada kompromi dalam masalah sebegini.

“Perkhidmatan kontraktor tersebut terpaksa ditamatkan juga disenaraihitamkan berkuatkuasa serta – merta oleh Lembaga Pembangunan Industri pembinaan (CIDB) kerana gagal melaksanakan projek walaupun telah diberi dua kali lanjutan masa.

“Saya telah merayu kepada pihak kontraktor dan pihak JKR agar melaksanakan projek mengikut jangkamasa yang telah ditetapkan iaitu sebelum atau pada 3 Ogos tahun hadapan. Saya sendiri akan memantau projek ini setiap bulan bagi memastikan ianya siap mengikut tarikh yang ditetapkan,” ujar beliau ketika sidang media selepas mesyuarat tertutup bersama pihak pentadbiran PDRM dan JKR, turut hadir Ketua Polis Johor Datuk Seri Mokhtar Shariff.