Permatang Pauh: Isu ‘Perpecahan’ Dalam Pakatan Pembangkang Manfaat Kepada BN

PERMATANG PAUH, 12 April — Isu ‘perpecahan’ dalam pakatan pembangkang dilihat memberi manfaat untuk Barisan Nasional (BN) memenangi semula kerusi Parlimen Permatang Pauh, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata parti sekutu dalam pakatan pembangkang masih tidak dapat menyelesaikan masalah seperti isu PAS dengan pakatan rakyat dan masalah dalaman PAS.

puad video“Pihak pembangkang juga ada banyak isu seperti hudud… jadi kelebihan itu adalah sama rata,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama ketua cawangan dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Mengkuang, di sini hari ini.

Beliau juga mengingatkan anggota BN supaya bersatu dan bekerja sebagai satu pasukan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan mengambil iktibar daripada kejayaan BN memenangi semula kerusi Parlimen Teluk Intan daripada DAP.

Mohd Puad berkata beliau sendiri akan berkampung di Parlimen Permatang Pauh untuk memastikan kemenangan BN serta mempertahankan PDM Kuala Mengkuang yang merupakan kubu kuat UMNO yang mendapat lebih 300 majoriti pada pilihan raya umum ke-13.