Solidariti UMNO Kuat Dalam Menolak Tohmahan Dan Tuduhan Jahat Pembangkang

Oleh kerana itu, katanya, segala tuduhan dan tohmahan khususnya dari pelbagai pihak khususnya pakatan pembangkang adalah cubaan yang boleh dianggap sebagai asam garam dalam politik.

“Ia bukanlah benda yang perlu dirunsingkan sangat dan kita berharap segala perkara ini akan stabil. Mereka hanya mahu mengambil kesempatan untuk mengelirukan rakyat, cuba memporak-perandakan perpaduan dan keutuhan akar umbi UMNO di saat pakatan mereka sendiri berada dalam persimpangan dalam menangani beberapa isu yang timbul sesama mereka,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pontian.

 

AhmadMaslan copyDalam perkembangan lain, beliau mengakui bahawa salah satu isu yang hangat diperkatakan sekarang ialah mengenai Cukai Barangan Perkhidmatan atau GST.

“GST ini baru seminggu, ia adalah perubahan cukai yang terbesar dalam sejarah Malaysia, oleh kerana itu dalam masa seminggu ini tidak mungkin boleh stabil. Menurut pihak Kastam, ia akan mengambil masa selama enam bulan untuk stabil namun saya meminta agar tempoh enam bulan itu dapat dikurangkan kepada 3 hingga 4 bulan sahaja.

“Maksud stabil ialah apabila para peniaga mula kembali kepada etika masing-masing, tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan, dan mengikut SOP GST yang sebenar iaitu menolak elemen SST, 5 peratus, 6 peratus terlebih dahulu sebelum mengenakan 6 peratus GST.

“Apa yang terjadi sekarang ialah kenaikan harga barangan kerana mereka tidak tolak 5 hingga 10 peratus SST sebaliknya ditambah pula dengan dengan 6 peratus GST,” ujarnya yang juga Timbalan Menteri Kewangan.