Bersatu & Bekerjasama Ramuan Terbaik BN Rampas DUN Bukit Batu Dari PKR – Zainal Abidin

KULAI, 7 April – Ahli-ahli UMNO harus bersatu padu dan bekerjasama bersama kompenan BN yang lain dengan mengembling seluruh tenaga dalam usaha merampas DUN Bukit Batu yang jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihanraya Umum yang lalu, ujar Ketua UMNO Bahagian Kulai, Datuk Zainal Abidin Jidin.

Tambahnya, gerak kerja ini harus bermula di peringkat cawangan UMNO, tambahkan kerjasama dengan cawangan-cawangan lain dalam kawasan DUN Bukit Batu, kenalpasti permasalahan yang dihadapi rakyat khususnya pengundi dan berusaha semampu yang mungkin untuk meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat.

11149320_1433935200234018_3921849932216944984_n“Itulah tonik kejayaan BN jika mahu merampas semula kerusi DUN Bukit Batu, namun kerjasama dari rakan kompenan BN yang lain akan menambahkan resepi perjuangan dalam mengejar kejayaan yang kita impikan ini.

Saya juga mahu gerakakerja mendaftar pengundi baru dipertingkatkan dan hendaklah digerakkan secara strategik dan berterusan,” ujarnya ketika berucap merasmikan Persidangan Serentak UMNO dan Pergerakan Sayap UMNO Cawangan Kepala Sawit baru-baru ini.

Ahli-ahli UMNO juga diingatkan bahawa pembangunan pesat ekonomi Johor perlu direbut oleh orang-orang Johor dan mengalakkan anak-anak berusaha dan berjaya samaada dalam bidang akademik atau kemahiran.

“Ketika ini kepimpinan UMNO cawangan sedang merancang untuk mendapatkan sebuah perpustakaan untuk membantu anak anak dan sekaligus menjadikan ianya sebagai motivasi untuk memajukan diri

Sebagai ahli UMNO yang sentiasa sayangkan parti dan menyokong kerajaan sedia ada , maka kita hendaklah terus menyokong agenda dasar-dasar baru yang akan dilaksanakan dan telah dilaksanakan oleh kerajaan Johor, yang diketuai Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,” tambahnya.

Cawangan UMNO Kelapa Sawit telah ditubuhkan 25 tahun lalu dan kini bilangan ahlinya seramai 391 orang.

Ketua Cawangannya, Encik Mohd Jafni Bin Hj Md Shukor berkata, jasa dan pergorbanan pejuang perjuang parti terdahulu telah meletakkan asas yang kuat untuk kita meneruskan kesinambungan perjuangan. Oleh itu antara usaha yang sedang dijalankan oleh UMNO cawangan ialah mempertingkatkan usaha mendaftarkan golongan muda dan profesional menyertai UMNO.

“UMNO cawangan juga mesti meneruskan KPI utama Umno Bahagian Kulai iaitu mendaftar seberapa ramai pengundi baru, memastikan mereka akan menyokong dan mengundi Barisan Nasional pada PRU yang akan datang.

Ini hendaklah menjadi matlamat dan fokus utama kita setiap tahun. Saya juga menyeru kepada semua agar menanamkan sikap kebersamaan dalam segala aktiviti perlu digalakkan sebab UMNO ini bukan milik seorang tetapi milik semua,” ujarnya.