Puteri UMNO Kota Tinggi Akan Terus Pertahankan UMNO

KOTA TINGGI, 4 April – Kita mahu meremajakan jasad dan roh perjuangan UMNO. Sehubungan dengan itu, ahli Puteri UMNO perlu kuat dan bersemangat agar perjuangan parti UMNO akan terus bersemadi dalam jiwa orang Melayu, ujar Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Tinggi, Aziah Atan .

Ujarnya, semua Ahli Puteri supaya lebih kuat dan tabah mempertahankan perjuangan parti. Walaupun puteri ini sayap yang kecil tetapi kekuatan semangat wanita muda ini akan dapat membantu parti yang seakan akan di permainkan oleh pihak lawan.

11130127_1434129090214629_7608669646703224811_n“Puteri akan terus tetap berdiri seiring utk mempertahankan parti keramat yang memertabatkan kepentingan org melayu yang menjunjung Islam sebagai Agama yg terbaik,” ujarnya kepada UMNO-Johor ketika ditemui selepas Perasmian Serentak Persidangan UMNO Bahagian Kota Tinggi baru-baru ini.

Majlis Perasmian Serentak bagi Persidangan UMNO Bahagian Kota Tinggi telah dirasmikan Ketua UMNO bahagian Kota Tinggi Dato’ Daing A Malek Bin Daing A Rahman di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Kota Tinggi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Haji Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid, ketua – ketua pergerakan sayap dan kepimpinan dari 50 cawangan UMNO bahagian Kota Tinggi.

“Peremajaan sepatutnya tidak disalah anggap sebagai menentang golongan pemimpin veteran, sebaliknya ia adalah usaha untuk berganding bahu dalam memantapkan perjuangan parti,

“Apa yang lebih penting dalam kita merealisasikan evolusi UMNO ini adalah untuk kita mempersiapkan diri bagi memastikan langkah kita tidak sumbang dan longlai yang akhirnya kita bakal dipersalahkan,”ujarnya lagi.