GMJ Dalam Usaha Tarik Minat Generasi Muda Sertai PuteriUMNO

PAGOH, 3 April – Pergerakan Puteri UMNO Johor akan menganjurkan program Gelombang Merah Jambu atau GMJ yang bertujuan menarik lebih ramai golongan muda khususnya golongan wanita muda untuk bersama-sama Puteri UMNO di dalam setiap program yang dianjurkan .

Ketuanya, Rohaizah Ahmad berkata, antara program-program yang telah dilaksanakan ialah Program Gelombang Merah Jambu-Luaskan Kuasamu dan Program GMJ Biz 2015.

“Manakala program yang akan dianjurkan dalam masa terdekat ini ialah Program GMJ Jom Ziarah 2015 yang akan dilaksanakan pada 25 April 2015 di Simpang Renggam. Program ini akan dirasmikan oleh Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia , Saudari Zahida Zarik Khan.

gmbar rohaProgram ini berbentuk ramah mesa dan ziarah ke kediaman 100 orang pengundi muda yang telah dikenal pasti oleh Pergerakan Puteri UMNO bahagian Simpang Renggam,” ujarnya yang juga Ketua Puteri UMNO bahagian Pagoh.

Tambahnya, program tersebut akan melibatkan 26 orang Ketua Puteri dan barisan ahli jawatankuasa Puteri UMNO bahagian Johor dan sukarelawan Puteri UMNO Johor yang terlibat sebagai pengelola dan sukarelawan program.

“Kita juga akan mengadakan sesi ziarah kasih yang mana kita akan menziarahi 5 buah rumah pesakit kronik, untuk membantu apa yang diperlukan oleh mereka.

Kita berharap dengan adanya program sebegini masyarakat setempat terutamanya golongan muda akan merasai kewujudan Puteri UMNO dan ahli Puteri UMNO akan menjadi lebih dekat dengan golongan muda, seterusnya berharap mampu meningkatkan sokongan golongan muda kepada Barisan Nasional kelak,” tambahnya lagi.