Azalina perjuang nasib nelayan di Pengerang

KOTA TINGGI – Isu dan masalah yang melibatkan golongan nelayan di kawasan Pengerang akan terus diperjuangkan sehingga dapat diselesaikan.
Itu janji Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said kepada yang akan membawa masalah yang dibangkit kepada agensi dan kementerian berkaitan untuk tindakan sewajarnya.

Beliau berkata, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga sedia maklum tentang masalah dan isu yang dihadapi nelayan di kawasan itu semasa melawat kawasan ber­kenaan baru-baru ini.

image“Saya juga memberi jaminan isu nelayan akan diperjuangkan dan menjadi keutamaan,” katanya semasa merasmikan Majlis Pe­nyerahan Duit Sara Hidup Nelayan di Dewan Bandaran Kejora Bandar Penawar, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Datuk Ir. Syed Sis Abd. Rahman; Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri, Khairolnesak Omar dan Pengerusi Persatuan Nelayan Pengerang, Abu Bakar Mohamad.

Seramai 532 nelayan di kawasan Pengerang menerima duit sara hidup sebanyak RM200 setiap seorang pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, Azalina turut mengingatkan golongan nelayan supaya menyuarakan masalah yang dihadapi kepada ketua mereka agar dapat mencari jalan penyelesaian segera.

“Nelayan juga kenalah meluahkan masalah yang dihadapi kerana banyak isu yang perlu diselesaikan dan bukan sekadar datang ke majlis ambil wang bantuan dan pulang begitu sahaja,” katanya.