Harga Bahan Api Kekal Untuk April

KUALA LUMPUR– Harga runcit RON95, RON97 dan diesel bagi April 2015 kekal pada harga bulan Mac, demikian menurut Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini.

Sehubungan itu, harga RON95 tidak berubah pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter, dan diesel pada RM1.95 seliter.

1507858_1660590240837042_2186124070080082698_nIa akan berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 April, kata jurucakap kementerian itu.

Namun begitu, menurut jurucakap itu, RON97 tidak dikecualikan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) sebanyak 6.0 peratus.

CBP akan dilaksanakan mulai hari ini.