Kasihan Hadi Awang Dibiar Terkontang Kanting Dilanyak Dap, PKR

KLUANG, 24 Mac – Sekali lagi kewibawaan Pas dan maruah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperkotak-katikkan oleh rakan sekutu merek sendiri. Kali ini ianya dilihat semakin memuncak apabila Pas bertegas mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Namun yang menjadi persoalannya kini adalah, di manakah suara pemimpin-pemimpin Pas yang lain bagi membela nasib presiden mereka dari terus ‘dilanyak’ Dap dan PKR.

11054365_1429489277345277_3674444096550395667_n

“Pas kini juga telah dikuasai oleh pemimpin golongan profesional dan sederhana. Ini berbeza dengan Pas dahulu yang dibarisi oleh ulama.

“Pemimpin-pemimpin Pas yang terdiri daripada profesional dan sederhana ini terperangkap samada mahu memperjuangkan Islam ataupun tumbangkan kerajaan pusat sediada malah mereka juga sedang leka untuk mendapatkan kuasa.

“Kerana itulah apabila presiden mereka yang masih utuh mempertahankan agama Islam dikejam, tiada suara-suara pemimpin lain yang mahu membela,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Jais yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Mahkota, pemimpin Pas di kalangan profesional dan sederhana ini seakan menganggap tidak penting membela presiden mereka. Apa yang lebih penting adalah mendapat kuasa.

Malah jelai beliau ini bukanlah kali pertama suara Hadi dipertikaikan oleh rakan sekutu Pas.

“Sebelum ini Hadi turut diserang oleh pemimpin Parti PKR dan Dap kerana membuat kenyataan terbuka menolak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar (MB) Selangor.

“Ini juga jelas menunjukkan bahawa di dalam pakatan pembangkang sendiri tidak ada semangat setiakawan”, katanya.

Gabungan pakatan pembangkang ini tegas beliau hanyalah semata-mata atas satu matlamat iaitu mahu menumbangkan Barisan Nasional (BN).

“Selama ini hanya Pas yang terhegeh-hegeh mempertahankan tahaluf siyasi dengan PKR dan Dap. Pas begitu beriya-iya ke hadapan membela rakan sekutu mereka sehinggakan demonstrasi jalanan juga majoritinya adalah ahli Pas.

“Tapi sayangnya, apabila tiba saat untuk Pas mengharapkan pembelaan dan sokongan, rakan politik sendiri menghentamnya. Lebih malang, pemimpin Pas yang lain yang sepatutnya mempertahankan ketua mereka turut menikus kerana takut hilang kuasa,” ujarnya Jais lagi.

 

Sumber: UMNO-Online

Leave a Reply