GST… Segala Persoalan Boleh Dijawab, Namun Biarlah Secara Baik – Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata hari ini pelbagai pihak dan pelbagai persatuan datang berjumpa dan mengadakan pelbagai sesi perjumpaan dalam mendapatkan maklumat serta perkara berkaitan mengenai GST.

“Mereka boleh datang dengan baik…datang dengan baik akan dilayan dengan baik…tapi kalau datang dengan terpekik begitu payahlah…akan jadi tidak baik…akan jadi konsep demonstrasi haram.

“Macam hari ini mereka datang baik…bertanya dan saya jawab. Lepas ini mereka soal dan saya jawab lagi di meja makan dan sebagainya. Kita ada kedah yang baik untuk menyampaikan perkara itu.

DSC_6930_editSLIDER“106 soalan itu saya kira boleh dijawab semuanya kalau datang baik-baik. Katalah 10 orang datang berjumpa buat temujanji…sekarang ini pun kita buat. Daripada persatuan itu datang..persatuan ini datang minta tolong itu…..minta tolong ini… minta kecuali itu dan kecuali ini…semua kita sambut dengan baik dan kita buat dalam meja-meja mesyuarat dan berbincang dengan elok…tetapi kalau datang dengan kaedah sedemikian, maka payahlah,“ katanya.

Ahmad Maslan berkata demikian pada sidang media selepas majlis taklimat mengenai GST anjuran Alumni Kelab UMNO Luar Negara di sini, hari ini.

Semalam dilaporkan satu bantahan berlaku di Kompleks Kastan Kelana Jaya kerana menuntut jawapan berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO seterusnya menambah mereka yang membantah menegani GST perlu  perlu fikir dan mendapatkan maklumat tepat mengenai GST ini.

“Mereka kena faham  (Sales And Sevices Tax) (SST) dan kena faham GST. SST kurang baik..GST lebih baik. Itu kefahaman yang mereka perlu ada. Kita meneruskan GST ini kerana ia lebih baik daripada SST.

“Ramai tidak tahu tentang kewujudan SST ini  lantas mereka membuat rumusan GST adalah cukai baru yang membebankan sedangkan GST ganti cukai lama yang membebankan,“ katanya.

Maklumat tambahan mengenai GST boleh dilayari menerusi website customs.gov.my, treasury.gov.my dan gstmalaysiainfo.com.

 

Oleh: Oleh : Azman Abas @ UMNO-Online.com

Leave a Reply