Tolong jangan tangguh kadar baharu

JOHOR BAHRU – Kerajaan diminta tidak menangguhkan pelaksanaan tambang baharu perkhidmatan teksi yang telah diumumkan SPAD, baru-baru ini.

Pemuda Umno Johor yang mewakili suara pemandu teksi Johor Bahru, Syaiful Rizal Abd Ghani memaklumkan kebanyakan pemandu ini memahami sebab penangguhan tersebut, namun memohon pertimbangan kerajaan untuk menilai nasib mereka yang turut terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.

Epul copy“Pemuda Umno Johor Bahru merayu supaya semua pihak mendengar, menilai dan memahami rintihan serta permasalahan yang dihadapi golongan pemandu teksi.

“Kita tidak boleh terlepas pandang bahawa pemandu teksi juga sebahagian masyarakat yang turut terkesan bebanan kenaikan kos, di mana pemandu teksi di Johor Bahru berpendapatan kurang RM3,000 sebulan sekaligus meletakkan mereka sebagai kategori miskin bandar,” katanya di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Pemandu Teksi Kasturi, Samsul Kahar Osman dan Pengerusi Teks1M Johor Bahru, Mohd Hanif Mohd Salleh serta puluhan pemandu teksi.

Syaiful Rizal turut mencadangkan beberapa penyelesaian alternatif bagi mengurangkan bebanan teksi ini meskipun berlaku penangguhan.

“Walau tangguh sekalipun kita harap ia tidak lama kerana mereka juga turut terbeban kita mahukan tindakan bersungguh dari kerajaan antaranya menambah bilangan stesen minyak NGV, pemberian subsidi petrol menerusi kad minyak bulanan, memberi permit teksi kepada pemandu yang melebihi tiga tahun dan mewujudkan pusat servis alat ganti.

“Peranan ini dilihat lebih efisien dan memastikan kos penyelenggaraan dan operasi teksi diminimumkan dan lebih banyak inisiatif untuk menjaga kebajikan pemandu ini,” katanya.image

Mohd Hanif berkata, kali terakhir tambang tersebut dinaikkan pada 2009 dan melihat kenaikan 25 peratus tersebut memadai selepas menunggu hampir enam tahun.

Katanya, akibat penangguhan itu, kebanyakan pemandu teksi menanggung kerugian kerana melakukan pengubahsuaian meter RM160 termasuk kelulusan Puspakom.

 

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply