Jentera Siber Puteri UMNO Johor Dimantap Tangani Serangan Fitnah Pembangkang

JOHOR BAHRU- Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor telah mengadakan Kursus Pemantapan Komunikasi & Multimedia anjuran Biro Penerangan dan Biro Teknologi Maklumat dan Media Sosial Puteri UMNO Johor baru-baru ini di Tanjung Piai Resort.

Pengerusi Biro Teknologi Maklumat dan Media Sosial, saudari Rahimah Isnin berkata, seramai 72 peserta terdiri dari ahli-ahli Puteri UMNO dari 26 bahagian menyertai kursus 3 hari 2 malam ini.

“YB Dato’ Norsabrina Binti Mohd Noor, Pengerusi Biro Teknologi Maklumat dan Media Sosial Puteri UMNO Malaysia dan Rohaizah Ahmad Ketua Puteri Johor antara pemimpin yang hadir untuk berkongsi ilmu dalam program ini.

Rahimah IsninAntara objektif kursus ialah mengangkat imej dan personaliti Puteri serta memperkasakan kepimpinan Puteri UMNO Bahagian, selain itu beliau berharap kursus ini mampu meningkat keberkesanan kempen melalui media online agar strategi dan hebahan maklumat dapat dibuat secara menyeluruh,” ujarnya yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjong Piai.

Tambahnya, setiap peserta kursus diharapkan dapat memanfaatkan setiap ilmu yang dikongsikan bagi menepis serangan dan fitnah pembangkang serta mampu mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkah laku kumpulan sasar dalam media sosial .

“Selain itu, kita juga berharap peserta kursus akan menjadi lebih yakin apabila berhadapan dengan ahli-ahli Puter cawangan bagi menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan.

Ini adalah kursus lanjutan daripada kursus pertama yang diadakan tahun lepas dan kali ini pengisiannya lebih terperinci dan lebih fokus kepada penggunaan applikasi media online. Selain itu kursus ini juga melatih peserta agar lebih yakin dalam mempersiapkan jentera Puteri bagi menghadapi PRU 14.

Kursus ini juga adalah kesinambungan dari “Gerakan Semut Api” yang dilancarkan oLeh Puteri UMNO Malaysia ketika Persidangan UMNO Malaysia 2014 lalu,” tambahnya lagi.

Leave a Reply