Program ‘GMJ-Biz;Klinik Perniagaan’ untuk golongan peniaga muda

PAGOH- “Gelombang Merah Jambu” – Puteri UMNO Johor sekali lagi melancarkan program istimewa bagi golongan muda dan kali ini program mereka tertumpu kepada golongan muda yang terlibat  di dalam dunia perniagaan, sebagai contoh peniaga-peniaga dalam talian dan peniaga-peniaga kecil.

Program yang diberi nama ‘GMJ-Biz ; Klinik Perniagaan’ diadakan pada 22hb Mac 2015 bermula jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Kenangan, Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Johor Bahru, Johor. Penyertaan adalah percuma.

gmbar rohaKetua Puteri UMNO Negeri Johor, Rohaizah Ahmad berkata, Puteri UMNO mahu membantu golongan muda yang terlibat dengan perniagaan dengan menyalurkan maklumat juga bantuan bagi membimbing dan meringankan beban mereka dalam menguruskan perniagaan.

Istimewa kali ini 100 penyertaan pertama akan menerima subsidi berjumlah RM30.00 dari Puteri UMNO bagi mereka mendaftar pernigaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ”

“Program ini juga mendapat kerjasama dengan agensi kerajaan seperti TEKUN, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan beberapa NGO yang terlibat secara langsung dalam memberi bimbingan dan bantuan perniagaan.”

Menurut beliau yang juga Ketua Puteri UMNO bahagian Pagoh, “ Matlamat program ‘Gelombang Merah Jambu’ ialah mendekati golongan muda dan membantu mereka mengikut keperluan mereka. Apa yang menggembirakan kami ialah di setiap program ‘Gelombang Merah Jambu’ golongan muda yang hadir juga telah mendaftar sebagai ahli Puteri UMNO dan juga sebagai pemilih.

 

 

Leave a Reply