Majikan Swasta Diminta Sahut Saranan Cuti Kerajaan Negeri Johor

JOHOR BAHRU – Syarikat Swasta di negeri Johor diminta menyahut saranan kerajaan negeri menjadikan tarikh 23 Mac 2015 ini sebagai cuti umum sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Azman Jaafar berkata, desakan ini dibuat kerana pihaknya menerima beberapa aduan dari pekerja syarikat swasta yang tidak diberikan cuti bagi meraikan peristiwa bersejarah itu.

“Pemuda UMNO Johor kecewa dengan tindakan segelintir syarikat yang tidak mahu menuruti saranan berkenaan. Kami sedar dan akui bahawa undang-undang buruh atau Akta Kerja 1955 yang diamalkan di negara ini memberi kebebasan dan autonomi kepada pihak majikan untuk memberikan cuti umum peristiwa atau khas kepada pekerja mereka.

11065100_822682097768932_2364047481438600185_nNamun, kami juga berpandangan bahawa atas dasar menghormati institusi Di Raja dalam sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara kita,” ujarnya.

Tambahnya, ia juga mengambil semangat Rukun Negara yang kelima iaitu Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara, maka adalah wajar pihak majikan swasta memberikan cuti umum kepada pekerja sempena peristiwa khas ini.

“Kami juga ingin mencadangkan kepada pihak majikan, syarikat dan para pengilang swasta dapat memberikan beberapa pilihan kepada para pekerja mereka dalam perkara ini.

Ini termasuklah memberikan pilihan kepada pekerja untuk mengambil cuti tanpa rekod bagi memberi peluang kepada mereka untuk sama-sama terlibat dalam acara meraikan upacara tersebut.

Kita juga mahu pihak yang terlibat memberi bayaran upah yang lebih tinggi sama seperti mereka yang bekerja pada hari cuti umum atau kelepasan am, mengikut kadar minima yang ditetapkan oleh Akta Kerja 1955,” tambahnya.

Terdahulu, kerajaan negeri melalui satu pekeliling bertarikh 10 Mac 2015 telah mengisytiharkan bahawa tarikh 23 Mac 2015 merupakan hari cuti umum bagi seluruh negeri Johor.

Leave a Reply