Azmin ditegur Dr. Latiff cuba pertikai hubungan M’sia-China

KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen PKR Gombak, Mohamad Azmin Ali mempertikaikan hubungan yang dijalin Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dengan negara China ketika zaman pemerintahannya dulu ditegur Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

drlatiffmpmersingJelas Dr. Latiff adalah tidak wajar untuk mempersoalkan hubungan Malaysia-China yang dijalinkan ketika itu yang diteruskan oleh Perdana Menteri ketika ini, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia merupakan satu hubungan yang amat memberansangkan dari aspek diplomatik dan ekonomi.

“China menghargai keberanian Tun Abdul Razak menjalin hubungan diplomatik ketika negara itu dipinggirkan dunia kerana ideologinya . Malah tindakan Tun Abdul Razak ternyata membuka lembaran baru dalam hubungan diplomatik China dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara.

“Selepas Malaysia, anggota lain Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) turut mengambil langkah serupa,” katanya kita mencelah ucapan menjunjung kasih Yang Dipertuan Agong oleh Azmin.

Oleh itu, bagi Dr Latiff adalah tidak wajar jika Azmin cuba memperlekehkan hubungan ‘adik-abang’ yang dilihat menguntungkan kedua-dua negara itu.

Walau bagaimanapun, Azmin mendakwa bukan niatnya untuk memburukkan hubungan yang telah terjalin tetapi sekadar mengesyorkan beberapa cadangan.

“Bukan niat saya untuk menjahanamkan legasi Tun Abdul Razak tetapi tindakan saya adalah untuk mengesyorkan cadangan dalam mengukuhkan hubungan kedua-dua negara,” katanya.

Dalam pada itu Azmin turut meminta agar Speaker Dewan Rakyat menyemak kembali peraturan Mesyuarat berhubung kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang dan masih memegang jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

 

Sumber: BNBBC

Leave a Reply