Patito Bakal Senjata Ampuh JDT

Patricio Julián Rodríguez, lebih dikenali sebagai Pato Rodríguez atau Patito Rodríguez merupakan aset terbaru pasukan Johor Darul Ta’zim sebaik sahaja jendela perpindahan pemain dibuka April nanti.

Beliau yang berusia 24 tahun, bermain untuk sebuah kelab bola sepak Brazil iaitu Santos FC.

P11043273_439018019594836_514836050697386118_oatito yang telah berada di Johor seawal 15hb Mac 2015 akan mula menjalani latihan dibawah kendalian Bojan Hodak bersama para pemain pasukan JDT yang lain.

Pemain yang pernah beraksi bersama Neymar ini berkata bahawa beliau tidak sabar untuk beraksi bersama pasukan JDT.

Corak permainan dan skil yang dimiliki oleh Patito pastinya merupakan aset berharga untuk pasukan JDT kembali ke landasan sebenar selaku penyandang Juara Liga Super 2014.

Luaskan Kuasamu Johor!

Leave a Reply